Terbang bersama.....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Aku dari sudut lain...

Okeh baca tajuk pun mcm pelik je kan...
Dari sudut lain.. Hmmmm ape tu??
Sudut ape? segiempat? lurus? segitiga?

Sebenarnya, hasrat ni dah beberapa bulan dipendamkan dalam hati...
Aku nak buat satu blog baru iaitu aku dari sudut yang lainnya....
Tapi ia x bererti aku akan tinggalkan blog ni..
Cuma blog yang baru tu blog "khas" utk aku menulis tentang "sesuatu"...

Harap2 ia dapat direalisasikan... hehe... sebagai kenangan di masa hadapan...
Blog ini tetap yg utama bg aku....

Resah & Risau

Entahlah....
Hati ni risau....resah.. gundah gulana...
Semoga segalanya baik2 belaka..
Insyallah, ia pasti milik kami jua....

Monday, December 26, 2011

Tertunai sudah hasrat di hati..

Hye uols!

Tajuk entry kali kali mcm mengidam sesuatu je kan.. hahaha
Mmg aku mengidam dah lama dah.. sejak sebelum raya hari tu.. tp hari ni baru dapat...
Selama ni kalau nampak juz ushar2 jer...
Asik la dok pendam dalam hati....

So hari ni, hati dah nekad.. aku mesti dapatkannye jugak!!!
Yessss.... ajak hubby g The Mines.... Pusing2 tanya harga.. pastu dah dapat the best price, fikir2 dulu sejenak sambil kaki melangkah ke mesin ATM...
Maka dengan itu, dapatlah di genggamanku Samsung Galaxy S Plus.... Muahahahahaha...
Puas hati aku....
Walaupun x sehebat macam orang lain punya.... Galaxy Tab, Galaxy Note, IPhone 4s & ntah pape lagi lah kan....
Janji aku suka & dapat ape yg aku nak....
Terima kasih gak kepada gov sbb beri bonus bulan ni.... hehehehe

Bagi aku Sambung Galaxy S Plus ni sgt stylo n smart.... I like.....




Sunday, December 25, 2011

Sherlock Holmes : A Game of Shadow

Hye!

Khanis lepas tgk citer Sherlock Holmes: A Game of Shadow... Mmg best! Sherlock yg sgt bijak dalam membuat suatu tindakan...



Minggu ni saje kami tgk 3 movies.. Selasa tgk Mission Impossible: Ghost Protocol... Khamis cite Sherlocks Holmes.... Sabtu lak Suatu Malam Kubur Berasap.. hehehehe..

Alwayz dating2 tgk wayang.... :p

Tempat tgk wayang pilihan kami selalunye Alamanda.. dekat ngan umah... hehe.. kadang2 tgk kat Jusco Balakong n The Mines....

Cerita hujung minggu n review Suatu Malam Kubur Berasap...

Assalamualaikum dears,

Bestnye cuti 3 hari kan... tp ramai gak yg amik terus cuti terus sampai awal tahun... tp aku x sambung cuti pun.. sekadar bercuti 3 hari sempena krismas ni jer.... bukan ape, tahun depan kite x tahu ape yg akan terjadi.. jadi biarlah cuti yg ade kite spare utk tahun depan...

Cuti 3 hari ni kami juz duk lepak2 kat uma je.... tgk tv, men game, layan facebook n makan makan makan.... hehehe

Semalam (24/12),  ktorang tgk wayang..tiket mmg dah beli awal 2 hari lepas.. Citer Suatu Malam Kubur Berasap... lakonan Along n Angah Raja Lawak... Haremmmmmmm.... X best langsung! Rugi jer beli tiket tengok citer mcm ni.... Kalau mcm citer Hantu Kak Limah Balik Rumah x per lah jugak... Citer tu buat aku ketawe mcm nak pecah perut... Citer SMKB ni langsung x der.... best tang Along takut hantu n sebut Alif Ba Ta!  Alif Ba Ta! sepanjang perjalanan.. tu jer... yg lain non ado..... Ape2 pun ni ape yg aku rasa.. pendapat korang pasti berbeza....

Hampeh!!


K lah.. bye... see u.....

Friday, December 23, 2011

Fungsi butang F pada keyboard

F1
-Hampir selalu digunakan sebagai butang bantuan,hampir setiap program akan membantu layar "help" ketika butang ini ditekan.
-Windows Key + F1 akan membuka Microsoft Windows pusat bantuan dan sokongan.
-Buka Task Pane

F2
-Dalam Windows umumnya digunakan untuk mengubah nama yang disorot atau file icon.
-Ctrl + Alt + F2 untuk membuka dokumen baru dalam Microsoft Word.
-Ctrl + F2 menampilkan pratinjau "print" pada Microsoft Word.

F3
-Seringkali membuka fitur pencarian untuk pelbagai program termasuk Microsoft Windows.
-Shift + F3 akan mengubah teks dalam Microsoft Word dari atas ke bawah atau huruf besar pada awal setiap kata.

F4
-Untuk menemukan jendela pada address bar.
-Alt + F4 akan menutup program yang sedang aktif di Microsoft Windows.
-Ctrl + F4 akan menutup jendela yang terbuka pada jendela yang sedang aktif dalam Microsoft Windows.

F5
-Dalam semua modern browser Internet akan menekan F5 refresh atau reload halaman atau dokumen jendela.
-Buka,menemukan,mengganti dan pergi ke jendela Microsoft Word.
-Mulai tayangan slide dalam PowerPoint.

F6
-Pindahkan cursor ke Address bar di Internet Explorer dan Mozilla Firefox.
-Ctrl + Shift + F6 terbuka buka ke dokumen Microsoft Word.

F7
-Biasanya digunakan untuk memeriksa ejaan serta grammar Microsoft dalam program seperti Microsoft Word,Outlook.
-Shift + F7 menjalankan Thesaurus memeriksa pada kata disorot.
-Ternyata pada sisipan browsing di Mozilla Firefox.

F8
-Untuk masuk ke Windows startup menu,biasanya digunakan untuk masuk ke Windows Safe Mode.

F9
-Pengukuran yang Membuka toolbar dalam Quark 5.0.

F10
-Untuk mengaktifkan menu bar di aplikasi yang terbuka.
-Shift + F10 berfungsi sebagai "klik kanan" pada icon yang disorot,file atau link Internet.

F11
-Modus layar penuh dalam semua modern browser Internet.

F12
-Untuk membuka jendela "save as" pada Microsoft Word.
-Shift + F12 menyimpan dokumen Microsoft Word.
-Ctrl + Shift + F12 mencetak dokumen Microsoft Word.


sumber: fcukz blog

Thursday, December 22, 2011

Duit baru 2012?

Hello dears,



Adakah ni duit baru 2012 yang bakal muncul x lama lagi??

Nice...

Colourful...

I like.....   :)

Wang kertas rm20 pun sudah kembali setelah dihentikan pengeluarannya pada 1995..

Duit syiling juga diperbaharui dan akan mula diedarkan bermula awal tahun 2012 manakala wang kertas pula pada pertengahan tahun 2012...

Wednesday, December 21, 2011

Mission Impossible: Ghost Protocol

Malam td tengok wayang lagi ngan encik hubby busyuk saya.... hehe.... Mmg dating sakan sementara lom ade baby.... :p

Citer yg kami tgk mlm td ialah Mission Impossible: Ghost Protocol... Heronya mestilah Tom Cruise....

Mmg TERBAEKKKK lah..... walaupun Tom Cruise nampak tua dlm citer nie (hmmm mmg dah tua pun, 49 years dah), tapi aksi2 lasak yg ditontonkan dalam citer ni mmg best giler lah.... Kesan2 khas pun nampak sgt real.... Yessss, mmg semua aksi n kesan khas mcm ribut pasir tu mmg sgt2 reallllll..........

Khamis ni tgk Sherlocks Holmes pulak... tiket dah beli siap2 mase nak beli tiket MI tu.... hihi....

Gambar ni mase Ethan Hunt panjat Burj Khalifa, Dubai....

Friday, December 16, 2011

I-city

Mlm td kami g I-city yg kat Shah Alam tu...  Manusia punya la ramai..... Macam pesta la pulak....
Saja bwk adik yg bongsu tu jalan2 sempena cuti sekolah.... Mak n adik sebenarnye dtg dah seminggu lebih dah.... best sgt bile mak ade.... :)

Sepanjang seminggu lebih ni mmg ktorang berjalan sakan lah.....

I-city ni pada pendapat aku tempat ni sgt cantik dgn pokok2 lampu yg berwarna-warni.... sangat ceria..... meriah sgt.... kat cni ade gak disediakan games mcm naik train, naik buai mcm kat genting tu pun ade... nak masuk uma salji pun boleh.... tp bayar lah.... hehe

k lah ni gambar masa kami kat sana....   :)



Tuesday, December 13, 2011

13.12.11

Hari ni 13.12.11...

Tarikh cantek lg... yeay... Tapi ape kaitannya ngan aku?

Hari ni dtg keje seperti biase... selepas bercuti dari jumaat lepas....

Hujung2 tahun ni keje agak banyak jugak......Pening pening.....

Petang ni bos nak wat meeting.... Mintak2 la bos x bg keje banyak... kui3....

Sharp kul 5 ptg... BALIKKKK..... hahaha

Tuesday, December 6, 2011

Kehamilan Kimia (Chemical Pregnancy)

Situasi:
Anda buat UPT test hari ni... dan resultnya +ve tetapi garisannya agak kabur.. Namun, sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui scan, keguguran sudah berlaku... 
Keguguran mungkin berlaku disebabkan tuan punya badan x sedar pun dirinya hamil... Mungkin dia hanya menyangka periodnya lewat pada bulan itu...

Fakta sebenar:











Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.

Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.

Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti UPT tersebut.
Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya.
Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.

Apa maksudnya kehamilan kimia ini terhadap anda.

Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia, jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.
Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat .
Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan datang.
Kehamilan kimia bukan salah satu tanda ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.
Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia melebihi 3 kali, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

sumber dari : alamhamil.com

Sunday, December 4, 2011

1 tahun 6 bulan..


Alhamdulillah.. sudah 1 tahun 6 bulan usia pernikahan kami.... Sekejap sgt mase berlalu..... Kami masih berdua.... Masih berhoneymoon.... hehe.....

Semoga kebahagian ini akan menjadi milik kami buat selama-lamanya.... Semoga Allah SWT mengkabulkan doa kami dengan kehadiran anak-anak yang soleh dah solehah... Amin......

Alhamdulillah kami kini sudah tinggal bersama.. tidak lagi berjauhan.... Aku dah dapat tukar bermula 19 September 2011 yg lepas.. Gembira x terkata.....  *Senyum sampai ke telinga*

:)

Ombak Rindu...


Hye!

Malam ni aku n hubby nak g tgk citer yg semua org nnt2kan... OMBAK RINDU... jam 8:50pm di Alamanda.. hajat di hati nak tgk semalam tp x kesampaian sbb tiket habis.... so beli utk hari ni......

Ade gak aku dpt feedback dari kawan2 aku yg dah tgk... diorang kate TERBAEKKKKK..... hehe.. X sabar nak tgk nih...


Yang pasti nnt aku akan cerita mengenai citer ni di entry yg baru...


Izzah & Hariz