Terbang bersama.....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Panduan mendidik anak... :)

Assalamualaikum kawan2 sume  :)
Salam ceria...

Untuk entry kali ni... jom kita sama2 share ilmu mengenai cara mendidik anak.. semoga ia menjadi panduan yg berguna utk kita  :)




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



Sumber: http://www.NurulAmir.com/

Monday, November 28, 2011

Penyakit M

Hye uols!

Apesal aku malas sgt nieh nak hupdate belog? huhuhu

Byk cerite nak share narnye.... tp tiap kali nak update belog, mesti niat tu  terbantut... Akhirnya blogwalking sajalah.... hehe

Narnye semenjak dua menjak ni aku agak sibuk sikit... keja maaaaa..........


**Nota kaki si jari runcing : Akan cuba merajinkan diri update belog... Jeles tgk belog org lain selalu ade entry baru... hik3....

Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia

Di saat ini aku sedang memonton perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia sempena perlawanan akhir sukan SEA yg berlangsung di Stadium Bung Karno utk merebut pingat perak atau emas....

Terase mcm kaki ni bergerak2. terloncat2 mcm nak tendang bola jer...

Hahahaha   :p

Menang atau Kalah aku tetap sokong Malaysia....

Chaiyokkk Malaysia!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Entry masak2: Asam pedas ikan tenggiri

hye semua!

Kali ni aku nak share ngan korang resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri.... Asam pedas sememangnya sinonim dgn orang Johor.. Cepat dimasak, mudah disediakan..... dan asam pedas juga merupakan kegemaran kami suami isteri... dan kebetulan pulak, cik abg mmg anak jati Johor....  :)

K lah ni resepi stail aku k....

Bahan-bahannye:)

Ikan tenggiri
Cili kering - kisar
Bawang merah - kisar
Bawang putih - kisar
Daun kesom
Bunga kantan (optional)
Air asam jawa
Tomato/bendi/nenas/terung
Garam
Gula
Serbuk perasa (optional)
Belacan (optional)





Cara-caranya:)
- Tumis bahan2 kisar sehingga betul2 masak
- Belen2 la sikit ngan air kan ( suka hati la nak cair/pekat)
- Pastu masukkan la ikan
- Agak2 mendidih je, masukkan daun kesom, garam, gula, air asam jawa.. klu tambah ngan bunga kantan pun best gak....pastu masukkan jugak tomato/bendi/nenas/terung... ape2 je la yg dirasakan sesuai
- Pastuh siap dihidang.... hehe

Bahan2 tu agak2 sendiri la bubuh byk mane ye.... x reti nak bgtau sbb dah biase main campak je...  kui3

Sekian....

Monday, November 14, 2011

Aidiladha 2011

Assalamualaikum..

pada 6 november lepas, muslimin dan muslimat telah merayakan Aidiladha atau Hari Raya Qurban... Tahun ini, kami merayakannya di Kluang... Di rumah mak abah hubby.. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.. Adik hubby juga ade membuat korban... Dan ini merupakan kami Raya Aidiladha di Kluang sebagai suami isteri... tahun lepas kami raya Aidiladha di Perlis.. iaitu di rumah tok aku (belah abah)....

Jom layan gambar:





Friday, November 11, 2011

11.11.11


Hari ni 11 November 2011 @ 11.11.11....

Cantek kan tarikh ni? Ramai yang menantikan tarikh ini.... Ramai juga yg amik kesempatan nak nikah time nih... nak wat buku bank la.... passport la... nak melahirkan anak tarikh ni pun ramai.... Bak kata orang... tarih istimewa.....

Tapi apa istimewanya tarikh ini pada aku???

Jawapannya  ----> X der apa2 pun... Ada aku kesah??? hahhahaha..... Hari ni datang keja seperti biasa.... Cuma terlintas nak wat 1 entry utk tarikh ini sebagai kenang-kenangan di masa hadapan... yelah, masa x dapat diundurkan kembali... Harus ambil kesempatan....

Tahun depan pastinya ramai yang akan menunggu 12.12.12 pulak.... selepas 12.12.12, dah x akan ade dah... hanya tinggal sejarah... mana ada 13.13.13.. betoi dak?

Okeylah.. pada yg ada focus2 tertentu pada tarikh bersejarah ini, gud luck utk kalian....

Bye bye~